Tuesday 17 January 2012

Chapter 1



Aku Leen (bukan nama sebenar) asal dari Muar, Johor. Aku baru sahaja menamatkan zaman persekolahan ku di Muar dan kini aku berada di sebuah rumah yang belum aku jejak sebelum ini.Ibu bapa ku menyuruh ku datang ke Kuala Lumpur untuk menetap dan bekerja bersama makcik ku sementara aku menunggu keputusan pelajaran ku yang aku tak pasti akan kedudukan ku ini sebenarnya layak atau tidak untuk belajar di Universiti tempatan. namun, hajat ibu bapaku tetap aku tunaikan jua. tidak kira dapat atau tidak, aku mesti kerja juga. Hari ini merupakan hari ke 7 hari aku di sini bermakna sudah seminggu aku bekerja dengan makcik ku di salon kecantikannya sendiri. Walaupun aku tidak pernah berdandan, tetapi aku tahu serba sedikit tentang kecantikan sejak diberi tunjuk ajar oleh makcik ku.

Jika mahu dibandingkan pada zaman dahulu sebelum aku datang ke Kuala Lumpur, aku merupakan pelajar yang paling cerdik di kelas dan selepas habis persekolahan aku membuat kerja amal seperti mengajar budak2 sekolah mengaji bermula dari membaca huruf sehinggalah dapat membaca Al-Quran.
Perkara ini yang paling aku banggakan walaupun aku masih lepasan SPM. Pekerjaan yang aku dapat sekarang pun sudah cukup untuk aku buat masa sekarang malah makan, minum dan tempat tinggal ku ditanggung oleh makcik ku. Tidak banyak perlu aku hiraukan pada masa ini.

.........3 bulan kemudian

Aku mendapat tawaran belajar di institusi swasta di Kuala Lumpur dengan jurusan komputer. Aku dengan mentah2 menolak terus tawaran tersebut kerana aku lebih suka bekerja dan mendapat wang yang aku bole berbelanja ikut kemahuan. Aku amat disayangi makcik ku di sini malah ramai kenalan ku di tempat ku bekerja. Bila difikirkan, belajar di IPTA tidak memperoleh apa2 faedah apatah lagi wang berbelanja terutama sekali bila memikirkan ibu bapa ku di kampung. Mereka perlu menjaga dua lagi adik ku yang belum tamat persekolahannya.

Semakin hari aku menjadi lebih taksub dengan kecantikan. Mascara, lipstic, bedak, foundation cream, eye liner, eye shadow ..sebutkan apa saja akan ku calitkan di stiap penjuru muka untuk kelihatan cantik dan bergaya. aku ingin cantik seperti makcik ku begitu juga dengan pekerja2 di salon ini kerana itulah aset kami untuk menyakinkan pelanggan yang datang begitu juga lelaki. oh yah ~ aku lupa untuk menyebut lelaki yang pernah aku lihat dari jauh di cermin salon.betapa kacaknya lelaki itu...namun siapalah aku untuk dipandang dengan budak hingusan seperti aku ni kan. siapa lelaki itu agaknya?ape pekerjaannya di bangunan ni? hmmmm..lantaklah janji dia lalu sudah~~ hihi